Identiti & Gambar Lelaki berdepan 3.000 penjara rogol anak kandung

42067 views

Identiti & Gambar Lelaki berdepan 3.000 penjara rogol anak kandung|Perkataan seperti anjing dan khinzir pun rasanya tidak cukup untuk dilabel kepada seorang lelaki yang telah merogol dan meliwat anak kandungnya sendiri sebanyak 3 kali dalam sehari di Sungai Way, Petaling Jaya, antara jam 6 pagi 11 Julai hingga jam 1 pagi, 20 Julai lalu.

Lelaki yang berusia 36 tahun itu dihadapkan kemahkamah dua hari lepas dengan 631 pertuduhan atas kes berkenan,termasuk 150 pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii

Dua hari baca pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin, memulakan pendakwaan pertama pada jam 2.50 petang yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Pendakwaan berhenti pada pertuduhan ke 182 tepat jam 6.10 petang sebelum Nor Dalina meminta mahkamah menyambung prosiding esoknya pada jam 9:10, atas alasan baki pertuduhan belum sempat didaftarkan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Berdasarkan kertas pertuduhan suspek, yang dibacakan atas tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Tiga mengaku tidak bersalah.

Sebelumnya suspek berdepan dengan hukuman penjara 3,000 tahun, jika sabit kesalahan ,Dia juga berkemungkinan disebat, berdasarkan peruntukan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016.

Identiti suspek
Nama: Mohd Mahathir
Umur: 36 tahun
Pekerjaan: Ejen insurans
Asal: Bentong town, pahang

Gambar suspek

Tags: #3 kali #3.000 tahun penjara #anak kandung #Gambar #Identiti #Rogol #Sehari