Ibu Sanggup Bawa Anak Untuk Bermadu Kasih Bersama Teman Lelaki

865 views

Ibu Sanggup Tinggal Anak Untuk Bermadu Kasih Bersama Teman Lelaki – JOHOR BAHRU : Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anaknya berusia enam dan 14 tahun bersama untuk melampiaskan nafsu bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri.

Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah.

“Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang melakukan perkara terkutuk ini,” katanya di sini, semalam.

Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan. – Webberita | Terkini via Sinar Harian

Tags: #Anak #Bawa #Bermadu #bersama #kasih #Lelaki #Sanggup #Teman #untuk