Ibu Muda Terpaksa Duduk Di Atas Lantai ERL Demi Menyusukan Bayi

1137 views

Tidak berhati perut! Itu yang mampu disimpulkan melalui satu kejadian yang berlaku melibatkan seorang ibu muda dan bayinya ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ERL.

Dalam perjalanan ke destinasi dari Kuala Lumpur menuju Salak Tinggi, ibu muda ini terpaksa duduk di atas lantai demi menyusukan bayinya, tanpa diberi ruang duduk oleh penumpang lain. Kejamnya!

Menggunakan nama Adeila Afiqah Iman di laman sosial, ibu muda ini meluahkan rasa kecewanya dengan penumpang lain yang seakan-akan ‘buta dan pekak’ kerana tidak menghiraukan situasinya yang sedang menyusukan bayi.

Dia juga sempat merakamkan gambarnya yang sedang duduk di atas lantai sambil mengendong bayi dan gambar para penumpang lain yang tidak menghiraukan keadaannya.

Tambahnya, sebelum itu dia terpaksa berdiri sambil mengendong bayinya kerana ruang duduk dipenuhi dengan orang awam, dan mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai demi menyusu bayinya yang mula menangis.

Dalam ‘post’ tersebut, dia juga memohon supaya pihak berkuasa dapat menambah bilangan ruang duduk untuk golongan yang memerlukan sepertinya, termasuk warga emas dan ibu mengandung kerana terpaksa berdiri lama.

Ya, realitinya situasi ini masih wujud dalam kalangan masyarakat kini walaupun Malaysia dikenali sebagai bangsa yang bersopan-santun dan saling menghormati.

Semoga nasib yang menimpa ibu muda ini tidak berulang! – Webberita | Terkini via MYNEWSHUB

Tags: #Atas #Bayi #Demi #Duduk #Lantai #Menyusukan #Muda #Terpaksa