Ibu Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Buang Anak

324 views

AYER KEROH – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membuang anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Bukit Katil, Februari lalu.

Tertuduh, Siti Fatimah Maulad Mohamad Zin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga Mohamad Irfan Abd Hadi, 2, dengan sengaja mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat membuangnya di sebuah rumah di lokasi berkenaan kira-kira jam 10.30 malam, 11 Februari 2014.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pada 1 September lalu, BH melaporkan, penemuan satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki mangsa bunuh ditanam di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil susulan penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah di Muar, Johor. – BH Online

The post Ibu Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Buang Anak appeared first on MYNEWSHUB.

Tags: #Anak #Bersalah #Buang #Mengaku #Tidak #Tuduhan.

loading...