Ibu mangsa langgar lari merayu di FB

5310 views

Ibu mangsa langgar lari merayu di FB|Tolong lah kami,saya merayu kepada pihak peguam untuk membantu saya,Luah Hamidah di  ibu kepada Muhammad Shahreza Ramli, 19,mangsa kemalangan di Sungai Way, Petaling Jaya, pada 7 April lalu.

Menerusi status FB  terkini Hamida, Sudah dua minggu anaknya kemalangan ramai dari syarikat peguaman datang tapi sampai sekarang semua mendiamkan diri.

“sekarang saya merayu pada pihak peguam yang benar-benar sanggup untuk membantu saya.mohon hubungi saya di talian 012-9118867.katanya.

Selepas kehilangan seorang anak lelaki yang menjadi mangsa langgar lari pada 27 November 2016 lalu sekali lagi Hamidah 51 dan sekeluarga diuji sekali lagi dengan musibah anak lelaki keduanya kini terlantar di hospital selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah van yang melanggar lampu isyarat itu.

Akibat kemalangan itu, Muhammad Shahreza kini berada dalam keadaan separuh sedar kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Hamidah diberitahu doktor, anaknya berisiko hilang penglihatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak.

“Doktor memberitahu, anak saya berisiko tak boleh melihat selepas sedar sepenuhnya.

“Hati saya hancur, apabila doktor menunjukkan bahagian-bahagian pada tengkoraknya yang patah seperti tulang soket tepi dan bahagaian bawah kedua-dua mata, pipi kiri dan rahang.

“Selain itu, saya turut diberitahu tangan kirinya patah dan terpaksa dibedah,” katanya ketika wartawan Utusan Online melawat anaknya yang kini sedang dirawat di unit rawatan rapi dekat sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Tags: #ibu mangsa #langgar lari #merayu di FB