Ibu Dan Bayi Berusia 6 Bulan Maut Jatuh Bukit Dilanggar Lari

1284 views

langgar lari

Ibu Dan Bayi Berusia 6 Bulan Maut Jatuh Bukit Dilanggar Lari|KUALA LUMPUR – Luluh hati seorang lelaki apabila dia terpaksa melihat isteri dan bayi lelakinya yang berusia enam bulan maut terjatuh dari cerun bukit setinggi kira-kira 20 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan langgar lari di jalan raya di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa yang berusia 33 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal bersama isterinya yang sedang mendukung bayi tersebut dilanggar lari sebelum dipercayai terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.

Akibat daripada rempuhan itu, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kejadian itu masih disiasat pihak polis.

12814260_460105390850069_333034903058059238_n

12805763_460105407516734_1604249011482220629_n

12804650_460105370850071_8963874605775736100_n (1)

12795449_460105437516731_5348318697645652909_n

12795347_460105490850059_1575337183358343815_n

Tags: #Ibu Dan Bayi Berusia 6 Bulan Maut #Maut Jatuh Bukit Dilanggar Lari