Ibu Bunuh Diri Selepas Bersalin,Meroyan Karena Darah Nifas?

1221 views

yes

 

Ibu Bunuh Diri Selepas Bersalin,Meroyan Karena Darah Nifas?|kecoh mengenai kejadian seorang wanita yang baru lepas bersalin 10 hari mati terjun bangunan akibat tertekan kerana gagal memberikan susu badan kepada bayinya.

Ekoran dengan kejadian itu, wanita ini telah meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap segelintir masyarakat yang seringkali mempertikai para ibu yang memberikan anak susu formula termasuklah membidas isu ‘DNA Lembu’ yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Apa yang dikatakan oleh wanita ini boleh buatkan mereka yang sering ‘menyalak’ tentang isu susu bayi ini duduk terdiam!

To all breastfeeding mommy yg over obsession di luar sana! See, wht hv u all done?

Screen-Shot-2015-10-27-at-01.09.13

 

Atas tekanan yg uols yg over obsession sekalian bg kpd masyarakat ibu2,seorg baby berusia 10 hari kehilangan ibu kandungnya.

oil

Sy kenyang & membesar dgn susu lembu, IQ kami adik beradik tak la slow & lembap pon

Screen-Shot-2015-10-27-at-01.13.10

Jgn kita nk label ibu2 lain / baby2 lain sesedap rasa. Rezeki Allah bg, Allah tentukan..

Screen-Shot-2015-10-27-at-01.13.22 (1)

 

INI ISU POST PARTUM DEPRESSION, BUKAN ISU BREASTFEEDINGScreen-Shot-2015-10-27-at-15.20.21

Jangan kecam dan hina orang

Screen-Shot-2015-10-27-at-15.25.44

Masih kontroversi :Ada yang cakap wanita tersebut tertekan kerana tidak mampu memberi susu badan kepada anaknya, dan ada juga yang mendakwa bahawa wanita tersebut meroyan.

Jadi, ini pula pendapat Siti Aishah mengenai meroyan.ORANG MEROYAN TAK SUKA-SUKA BUNUH DIRI!

Screen-Shot-2015-10-27-at-3.34.35-PM (1)

MEROYAN tidak hadir tanpa punca ya tuan puan. Seperti yang saya tekankan sebelum ini, antara faktor berlakunya MEROYAN adalah disebabkan oleh pengeluaran darah nifas yang tidak lancar lalu mengganggu ekosistem hormon wanita. Dan MEROYAN pula ada banyak jenis.

Dan perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang ibu bukan berpunca dari MEROYAN semata-mata. Ia memerlukan motif. Punca. Dorongan.
Meroyan ni umpama minyak yang tersimbah. Hanya memerlukan api utk memulakan sebuah tragedi. Jadi, lihatlah apakah punca apinya. Apa yang mendorong si ibu ni melangkaui batas kewarasan?

Tekanan. Saya berjumpa dan merawat ramai wanita MEROYAN. Baik yang melayu, cina atau india. Mereka masih hidup dan masih mencari cara dan jalan untuk kembali sembuh.
Saya juga merupakan bekas post-partrum depression patient apabila anak saya meninggal ketika dilahirkan dahulu. Dan saya membuktikan dengan SOKONGAN KELUARGA dan KEKUATAN IMAN, mencabut nyawa bukanlah jalan akhir buat orang MEROYAN.

Apa yang saya cuba sampaikan. Jangan menuding itu MEROYAN SEMATA-MATA. Something has triggered and it just compliment the fact she is depressed. Lalu dia menyerah nyawa.

Saya merupakan seorang perawat pantang yang kebiasaannya berada disamping ibu2 selepas mereka bersalin. Saya sendiri menyaksikan kekalutan atau kepayahan ibu2 muda ini menghadapi tugas baru dalam hidup seorang wanita.

Wujud suami tak berehsan terhadap isteri
Dan saya sendiri mengakui bahawa wujud suami yang tidak berehsan terhadap isteri dalam pantang atas alasan ISTERI MENGADA-NGADA MENCARI PERHATIAN. Ditinggalkan istero terkontang kantong menguruskan diri dan anak kecil.

Dan saya akui ada keluarga gila di luar sana yang member tekanan mental kepada sang ibu ketika waktu berpantang. Mengajak ibu dan bayi tinggal bersama dalam pantang semata2 untuk mengulit sang cucu. Bila cucu dah kepenatan dan mengamuk2, terus di sua pada ibu yang baru nak berehat. Ini juga penyumbang utama stress, yang akhirnya menjurus kepada MEROYAN.

Bayangkan. Dengan diri yang masih belum habis penat meneran anak, ataupun masih mengerang ngilu luka pembedahan; tiba2 anak diisytiharkan demam kuning.Kehulu hilir membawa bayi membuat pemeriksaan. Di malam hari bayi kalut menangis minta disusukan. Kemudian setiap teriakan bayi, disusuli pula dengan lantang suara berkata “Anak kau tak cukup susu tu. Bagi je susu tepung. Kesian budak tu. ” (keluarga)

Meminta pendapat suami di sebelah, dibilas dengan kata “Ikut je lah kata mak awak tu. Awak suka sangat ke dera anak awak. Awak dah tak ada susu tu, takdelah. Nak buat macam mana. Lalu si suami berpaling menukar kiblat baringan. (Suami)

Tetapi teringat pula kobaran jihad penyusuan ketika 9 bulan mengandung dahulu. Terbayang2 komen2 pedas dari ibu2 yang mengutuk mereka2 yang tidak menyusukan anak. (Masyarakat)

Semua bercampur aduk. Kata mereka. Atau kata hati kita. Kita kena tentukan mana nak di dahulukan. Begini adik2. Natijahnya.

Menjadi ibu tidak seindah dongengan citrawarna di layar tv. Tersenyum simpul dibawah ketiak suami sambil mengendong anak yang nyenyak tidur.

Menjadi ibu adalah sukar. Sangat2 sukar. Anak yang menangis perlu dimengertikan mahunya. Dan kamu yang berpantang juga perlu diperhatikan secekapnya.

Lalu Jangan memandang mudah persediaan selepas bersalin. Banyakkan membaca.
Banyakkan mengkaji. Banyakkan ilmu penyusuan bayi, baby language, aturan berpantang.
Ilmu mampu menyelamatkan kamu dari tekanan yang sia2. Berbincang dengan pasangan dan keluarga perancangan berpantang. Bukan wedding shj memerlukan planner.

Jangan fikir…
Jangan fikir setiap kelahiran kantung susu kita akan penuh.
Jangan fikir selepas dilahirkan anak akan memahami arahan kita
Jangan fikir selepas bersalin tidak penting berpantang.
Jangan fikir ketika pantang semua orang reti nak jaga kita.

Pastikan siapa yang akan ada disebelah anda utk 2 minggu pertama selepas bersalin. Saya selalu tekankan dalam ceramah saya, ibu2 PERLU DITEMAN 2 minggu diawal berpantang. Beri si ibu pilihan. Jangan dipaksa dengan mertua jika mereka tidak selesa.

Kadang2 si isteri ni nak minta tlg ambilkan seluar dalam dan pad pada mak sendiri pun segan, inikan pula dengan mak mentua. Cuba korang mintak bapak mentua bawakan spender korang ke kamar mandi. Malu x? So sila faham. Dalam pantang isteri kena rasa selesa.

Dan spt pesan bapak saya, jika isteri hanya mahu suami, cari jalan cuti tanpa gaji. Asalkan isteri terjaga rapi.

Perlu ingat wahai para suami
TEMPOH BERPANTANG IALAH MOMENT UNTUK ISTERI BUKAN UNTUK IBU BAPA ANDA, MERTUA ANDA, IPAR-DUAI ANDA MAHUPUN JIRAN TETANGGA ANDA.

Penyusuan ibu, Aturan Berpantang, Baby Language Semua perlukan ilmu. Cari yang pakar
Belajar sebelum anak menjengah dunia Bukan bila dah terberanak baru terhegeh2 mencari ilmu. Lagi sebal saya tengok yang datang kelas anak masih merah. Mak masih berstokin. Tapi duduk atas lantai tidak beralas dan beraircond dewan semata-mata untuk ilmu.

Breastfeeding. Confinement .Having baby. Should be an enjoyable journey. Not a spark for Post-Partrum Depression And please.

ORANG MEROYAN TAK SUKA-SUKA BUNUH DIRI.
JIKA TAK ADA BENDA YANG TRIGGER.www.ohbulan.com

Tags: #Ibu Bunuh Diri Selepas Bersalin #Meroyan Karena Darah Nifas?