Hukum Bersiul Memanggil Pelayan Kedai

486 views

Hukum Bersiul Memanggil Pelayan Kedai|Di Australia kami panggil pelayan pelanggan sebagai ‘waitress’, atau ‘excuse me’. Excuse me bermaksud: ‘Maafkan Saya’.. Jadi nanti kalau anda pergi kedai makan jangan Bersiul panggil pelayan, Especially depan anak takut nanti sampai besar dia ikut perangai tak ada manners anda tu.

Di Negara maju mereka bersiul ni untuk panggil Binatang je, terutamanya Anjing. Tapi di Malaysia mereka bersiul untuk panggil manusia yang bekerja di Restoran dan Kedai makan !

Tahu kenapa Mamak yang kerja di kedai makan sekarang makin biadap? Sebab ANDA, Malaysian layan mereka macam haiwan, Tak ada Respect.

Dari apa yang i perhatikan tak kira orang tua atau pertengahan umur, Orang Kita layan mereka macam ‘Pariah’, Iaitu satu bangsa yang Outcast, Low class dan Kotor sampai tidak diterima Masyarakat..

Just because orang tu datang dari Negara India, Berkerja di kedai Mamak, bukan bermaksud kita boleh kasi layanan Double standard, Disrespect atau ‘Acuh tak acuh’, Nak panggil mereka ambil Order/Pesanan pun kena ada manners n beradap.

Bukan kau jerit, bersiul atau Makanan lambat sampai anda Maki sesuka hati, Paling tak bagus, bila anda marah india TUA yang datangnya dari negara India bekerja di Kedai Mamak- Hanya sebab Teh Tarik kau lambat sampai.. Sama je ibarat kita maki PakCik Melayu Tua. Bezanya cuma kulit dan bangsa.

Benda paling meluat bila kita ambil pesanan orang:

Orang tu datang buat ‘muka kerek’ dengan berlagaknye pesan makanan dengan cara yang berlagak. Lepas tu nak bayar suit² panggil kita macam kita ni kucing.. Cara Malaysian bersiul, ‘suit-suit’ panggil pembantu gerai tu actually orang guna untuk panggil Haiwan sahaja, BUKAN panggil Manusia.Auni Ameera

Tags: #hukum bersiul #panggil #pelayan kedai