Honor 4X Berharga RM699 Di Malaysia

1460 views

honor4x1

 

 

Honor 4X Berharga RM699 Di Malaysia | Honor Malaysia akan memperkenalkan sebuah peranti baru iaitu Honor 4X. Harga yang ditawarkan pula RM699 dan boleh didapati pada 1 April ini.

Honor 4X mempunyai cip pemprosesan Kirin 620 64-bit yang menjadikan ia peranti pertama yang dilengkapi dengan rangkaian 4G dan cip 64-bit daripada Honor.

Ia juga dilengkapi dengan memori 2GB RAM dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 4X juga memiliki kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.  Skrinnya  bersaiz 5.5-inci dan boleh dikategorikan sebagai peranti dibawah keluarga phablet.

Honor 4X akan ditawarkan melalui jualan web di VMall dan akan dijual bermula 1 April ini.

Sumber-amanz.my

 

Tags: #ciri ciri horor 4x #harga horor 4x #horor 4x #spesifikasi horor 4x