Hasrat Ke Majlis Pernikahan Tunku Aminah Tak kesampaian

2418 views

Hasrat Ke Majlis Pernikahan Tunku Aminah Tak kesampaian|Semalam selesai sudah istiadat perkahwinan diraja puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandar Sultan Ibrahim dengan padangannya Dennis Muhammad Abdullah dengan penuh gilang gemilang.

Perkahwinan yang dinanti rakyat johor umumnya diraikan dengan meriah dan kegembiraan,namun disebalik kegirangan itu ada terdapat satu kejadian sedih dimana seorang peminat setia Tunku aminah tidak dapat datang.

Lebih menyedihkan ialah hajat arwah untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut tidak kesampaian kerana arwah meninggal sehari sebelum majlis akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Melalui perkongsian abang arwah Rozaimy Qaisara katanya adiknya itu Muhammad aidil mendapat jemputan dari Tunku Tun Aminah untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut,namun takdir berkehendak lain.

Sepatutnya hari ini adalah hari paling gembira buat adik,bukan senang nak dapat invitation dari istana,lagi-lagi jemputan perkahwinan Yam tunku tun aminah.katanya.

Malah arwah yang sangat teruja akan pernikahan itu sudah sedia membeli pakaian berupa baju melayu yang dicubanya hampir setiap malam sebelum majlis tersebut berlangsung.

Tags: #Hasrat Ke Majlis Pernikahan Tunku Aminah Tak kesampaian