Hasil Keputusan Mahkamah Sidang Cikgu Azizan

706 views

Hasil Keputusan Mahkamah Sidang Cikgu Azizan|Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas dan membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.

Azizan yang memakai kemeja biru dilihat tiba di mahkamah 8.30 pagi, bagi menghadapi perbicaraan pertama atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap seorang muridnya, pada Oktober lalu.

Dianggarkan 300 orang terdiri daripada guru, ibu bapa, penduduk setempat, ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menghadiri perbicaraan itu.

Turut dilihat hadir Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razikin dan Setiausaha Agungnya Henry Tan Huat Hock.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Mereka mula memenuhi perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi secara berperingkat.

Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah sebelum dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu

Tags: #Hasil Keputusan #Mahkamah #Sidang Cikgu Azizan