Hafiz Suip Dimasukkan Ke Hospital, Alami Masalah Tulang Belakang

372 views

hafizSejak empat hari lalu, Hafiz Suip dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc). Hal itu dimaklumkan penyanyi lagu Matahari itu di laman Instagramnya.

Menurut juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, doktor menyarankan beliau untuk berehat selama seminggu sebelum meneruskan segala aktiviti termasuk kerjaya seninya.

“Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh,” katanya ringkas yang kali terakhir terbabit di arena seni menerusi program Mentor Legend di TV3, lapor Berita Harian.

Tags: #Hafiz #Hafiz Suip #sakit tulang belakang

Author: 
    author