Guru wanita mati lemas dalam kereta

1166 views

Guru wanita mati lemas dalam kereta|Seorang guru wanita menjadi korban pertama banjir di Sarawak hari ini, akibat mati lemas setelah kereta dinaiki bersama suaminya dihanyutkan arus ke Sungai Limbang, di sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, mangsa dikenali sebagai Norsiah dijumpai mati lemas dalam kereta yang terdampar di tebing Sungai Limbang oleh orang awam pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, terdahulu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga telah dihanyutkan arus semasa meredah jalan raya yang dinaiki banjir.

“Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki berjaya keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri, namun isterinya dilaporkan gagal berbuat demikian.

“Pasukan bomba yang menerima laporan itu, segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar 3 kilometer dari mangsa dilaporkan dihanyutkan.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi itu pada pukul 8.27 pagi,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Tags: #dalam kereta #guru #mati lemas #Wanita