Guru Mati Pucuk Berdepan Hukuman Penjara 8 Tahun

284 views

Guru Mati Pucuk Berdepan Hukuman Penjara 8 Tahun|Seorang guru Matematik yang mendakwa me­ngalami mati pucuk, masih perlu berdepan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan rotan selepas kalah dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan kerana kesalahan merogol seorang pelajar sekolah rendah.

Mohd. Faddil Abdul Rahman, 42, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Seremban tahun lepas atas dua pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan, ketika itu berumur 12 tahun, yang pergi ke rumahnya pada September 2013 untuk belajar.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan rotan bagi setiap kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Dia pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 Januari 2014 berdasarkan keterangan oleh seorang pakar perubatan yang disokong oleh isterinya bahawa dia mengalami mati pucuk semasa kesalahan itu didakwa dilakukan tetapi Mahkamah Tinggi meminda keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Mohd. Faddil kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Mohd. Faddil dan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan.

Tags: #guru #mati pucuk #rogo murid

loading...