Guru Dedah Perangai Pelik Cindy Ng Masa Sekolah

790 views

Guru Dedah Perangai Pelik Cindy Ng Masa Sekolah|Remaja, yang memandu melawan arus dalam pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian, bersikap pelik sejak di sekolah.

Suspek, yang memandu Proton Gen 2 di lebuh raya pagi Selasa lalu, sering “duduk sendirian sambil menyikat rambut” di sekolah, kata bekas gurunya.

Mengajarnya ketika di tingkatan dua, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Mark berkata remaja itu jarang membawa buku, lapor Harian Metro.

“Dia jarang bawa buku ke sekolah dan hanya membawa sikat dan cermin. Malah di suka duduk bersendirian sambil menyikat rambut,” katanya, enggan dinamakan.

Namun guru itu mengakui remaja 19 tahun itu jarang menimbulkan masalah di sekolah walau tidak mempunyai ramai rakan dan sering berseorangan.

“Selain itu, remaja itu mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) kerana masalah dalam pembelajaran,” tambahnya.

Usaha akhbar itu untuk menemui keluarga remaja itu, yang dilaporkan seorang model sambilan, di Taman Desa Murni di sini gagal kerana rumah itu kosong.

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara menyebabkan juruteknik Mohamad Fandi cedera parah di kepala dan badan.

Remaja itu, memandu laju melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth, melanggar bahagian dengan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi

Tags: #bekas guru cindy ng #Guru Dedah Perangai Pelik Cindy Ng Masa Sekolah #masa sekolah #OKU #perangi pelik