Gara Gara Mahu Menang Ratu Cantik, Lelaki Maut Suntik Minyak Di Dada

488 views
maut dadaerdesak untuk menang dalam pertandingan ratu cantik, seorang lelaki yang menyerupai wanita akhirnya menemui ajal selepas menyuntik bahagian dadanya dengan minyak masak.
Juan Manuel Sanchez yang turut dikenali sebagai Bebo dikatakan termakan dengan ‘petua’ rakannya bagi membesarkan bahagian dadanya.
Bebo mengadu sakit selepas melakukan prosedur itu dan diberikan sejenis ubat ‘Diazepam’ untuk mengurangkan kesakitannya. Dia kemudiannya tidak sedarkan diri.
Apabila melihat keadaan Bebo semakin buruk pada keesokan harinya, rakan-rakannya segera membawanya ke hospital.
Bagaimanapun Bebo disahkan meninggal dunia selepas lapan hari dirawat.
Punca kematiannya dikatakan kegagalan badannya menerima minyak masak berkenaan dan menyebabkan bahan berkenaan merebak ke bahagian badan yang lain, termasuk paru-paru dan otak.