Gara Gara Berhutang, Rebecca Bayar Dengan Tas Tangan Palsu?

1026 views

rebeccaPelakon Rebecca Nur Islam menafikan dan enggan menggulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan dia membayar hutang dengan menggunakan tas tangan berjenama mewah.

Namun yang Eberita difahamkan tas tangan itu palsu dan tidak mempunyai harga kalau dijual dipasaran.  Ia gara-gara dia dikatakan telah berhutang dengan sebuah syarikat atau agensi pelancongan.

Rebecca juga tak mahu beri komen mengenai isu itu  ketika ditemu bual oleh wartawan Melodi baru-baru ini. Dia juga terkejut dari mana datangnya cerita ini, dan kenapa dirinya masih lagi dikaitkan dengan fitnah yang bukan-bukan.

Dalam temubual itu, dia turut akui yang dirinya semakin sensetif disebabkan faktor usia. Takpelah Rebecca, kalau ianya salah buktikan ianya salah.

Sebab mulut orang ni memang sukar ditutupkan, bab-bab mengada-adakan cerita memang ‘power’ tapi tak salah kalau kita lebih berhati-hati.

Apa-apa pun Eberita  doakan, keluarga Rebecca sekeluarga dirahmati dan dilindungi daripada cerita-cerita yang negative.

Tags: #Artis Menipu #rebecca nur islam #Tas tangan palsu