Gambar & Video : Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik,Penumpang Buat Kecoh

BN-FZ475_flight_DV_20141212065201

 

Gambar & Video : Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik,Penumpang Buat Kecoh | Bangkok, 12 Disember – Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo

siakapkeli

 

ini adalah gambar-gambar  dalam pesawat air asia

air asia

airasia6

airasia4

 

BN-FZ475_flight_DV_20141212065201

 

airasia21

 

rekaman masa kejadian

Susulan itu, kru lain segera memberi bantuan kecemasan kepada pramugari itu, sementara pesawat berkenaan berpatah balik ke Bangkok dan menurunkan penumpang itu bersama tiga rakannya.

Menurut kenyataan itu, perbincangan antara kru dan empat penumpang itu, di pejabat syarikat penerbangan berkenaan, berjaya menyelesaikan masalah dengan damai.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika empat penumpang itu dibenarkan menaiki pesawat berkenaan yang kemudiannya berlepas ke China.

Tags: #air air asia tunda penerbang #Air Asia #air asia berpatah balik #ancaman bom dalam pesawat aur asia #berita air asia terkini #gambar pesawat air asia patah balik #gambar suspek buat kecoh dalam pesawat.video air asia patah balik #penumpang air asia ancam bom #penumpang meraba peramugari air asia #peramugari air asia kena raba #Pesawat Air Asia #Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik #pesawat patah balik #Promosi Air Asia #punca air asia patah balik #Punca Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik #punca sebenar #Sebab Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik #video pesawat air asia