Gambar Sekitar Penemuan Mayat 2 Remaja Yang Lemas Di Tak Bai

1027 views

Gambar Sekitar Penemuan Mayat 2 Remaja Yang Lemas Di Tak Bai|Mayat dua remaja lelaki yang lemas di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, sejak Ahad lalu, ditemui di Pantai Belawan Tak Bai, Thailand, kira-kira 90 kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Amir Azfar Rafar, 13, ditemui jam 9.30 malam tadi, manakala mayat Ahmad Haziem Anizam, 14, ditemui jam 10.30 pagi ini.

Jarak kedua-dua mayat itu ditemui kira-kira lima kilometer.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata mayat remaja itu ditemui penduduk kampung sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini, pengecaman dilakukan berdasarkan pakaian mangsa iaitu sama seperti dipakai pada hari kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Narathiwat untuk proses pengecaman.

“Keluarga mangsa kini berada di Tak Bai untuk membuat pengecaman,” katanya pada sidang media di Kelantan Golf Club & Country (KGCC), di sini, hari ini.

Ab Rahman turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kejadian itu tidak akan berulang lagi.

“Pada bulan ini, tiga kes lemas dan saya menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di perairan, termasuk di kawasan air terjun ketika musim tengkujuh bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Ahad lalu, Amir Azfar dan Ahmad Haziem, hilang ketika mandi bersama dua rakan mereka di Pantai Tok Bali.

Tags: #dua remaja #Gambar #Mayat #Penemuan #tak bai

loading...