Penjaga Gol Pasukan Piala Presiden Perlis Maut Digilis Lori

1371 views

LORI

Penjaga Gol Pasukan Piala Presiden Perlis Maut Digilis Lori|Kangar: Penjaga gol pasukan Piala Presiden Perlis Mohammad Saiful Niza Nazir, 18 maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, Kangar, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, kejadian berlaku pada 7.45 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dengan motosikalnya dari rumahnya di Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji, di sini untuk menjalani latihan bersama pasukannya.

1379354_483975978367830_497758205_n

“Siasatan awal berdasarkan kesan brek pada permukaan jalan raya di kawasan kemalangan mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik sebelum merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Impak dari pelanggaran itu, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar  sekitar kemalangan Penjaga gol pasukan Piala Presiden Perlis Mohammad Saiful Niza Nazir.

12509196_446055318921743_6236314939882377411_n

12552860_446055392255069_4371683487359126237_n

12573012_446055355588406_3644937084723360915_n

12573953_446055342255074_5969440369443615748_n

Gambar mangsa

11170362_747819315316827_7862364832302493555_n

11745777_785621948203230_2292676993357342951_n

1932224_622720854493341_4579108954213398307_n

Tags: #Mohammad Saiful Niza Nazir #Penjaga Gol Pasukan Piala Presiden Perlis Maut Digilis Lori

Author: 
author