Gambar Mayat Hancur Pekerja Maut Dihempap Bucket Berisi Pasir 1.2 Tan

12191430_538489132985563_486936046684593690_n

Gambar Mayat Hancur Pekerja Maut Dihempap Bucket Berisi Pasir 1.2 Tan|Kemalangan Maut ,seorang pekerja Bangladesh bernama Mohammed Sumel Miah maut dihempap Bucket Kren Menara.

Ringkas kejadian

Kerja mengangkat bucket berisi pasir seberat lebih kurang 1.2tan telah dimulakan. Pasir ini digunakan utk kerja mengikat batu di Tingkat 53. Mangsa bersama 3 lagi rakannya bertugas untuk mengisi pasir ke dalam bucket di L1, zon 2.

Ketika kren sedang mengangkat bucket untuk trip ketiga dan menghampiri Tingkat 20 (ketinggian 82 meter) operator terasa sedikit gegaran dan secara tiba tiba bucket terus jatuh ke bawah. Signalman telah memberi arahan supaya pekerja di bawah melarikan diri.

Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan telah dihempap oleh bucket berkenaan. Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut ditempat kejadian dan dibawa ke HKL untuk tujuan bedah siasat.

Satu notis larangan 2A 026016 telah dikeluarkan utk menghentikan operasi kren menara tersebut.

Siasatan awal mendapati punca kejadian berkemungkinan disebabkan oleh hoisting drum tidak beroperasi secara normal semasa kerja mengangkat dijalankan.Siasatan lanjut akan dijalankan untk mengetahui punca sebenar kejadian.

Gambar mangsa

12191430_538489132985563_486936046684593690_n

12191859_538489186318891_5358464191421100027_n

12193544_538489102985566_8747158491627623170_n

 

Tags: #Bucket Berisi Pasir #dihempap #Gambar #mayat hancur #Pekerja