Gambar & Latar Belakang Kapten Azrin Anaz Suami Coco Mix

4125 views

Gambar & Latar Belakang Kapten Azrin Anaz Suami Coco Mix|Dato Azrin Anaz Abdul Shukor atau yang lebih dikenali dengan kapten Azrin telah mejadi sebut sebutan buah mulut ramai setelah beliau menikah dengan seorang wanita bernama King coco (Mashaira Ismail).

Kedua pasangan ini  dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM800 berlangsung di Hampshire Place, Ampang.

Bagi yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya kapten anaz suami coco mix? berikut adalah latar belakang beliau sebelum menjadi kapten.

 
Azrin Anas  merupakan penulis, penceramah, dan pakar motivasi dan kewangan. Berbekalkan dengan segulung ijazah sarjanmuda yang dalam bidang perbankan yang diiktiraf oleh Universiti Teknologi MARA di Arau, Perlis. Beliau juga berjaya meneruskan impiannya untuk bergelar seorang juruterbang.

Dengan kelayakan yang beliau miliki dari Asia Pacific Flight Training (APFT) Kota Bharu, Kelantan, beliau telah diberikan lesen dan kebenaran untuk menerbangkan pesawat udara komersil ATPL Frozen (Airline Transport Pilot License).

Beliau juga seorang yang berpengalaman luas didalam sektor perbankan selama lebih kurang 3 tahun sebelum memulakan karier beliau sebagai usahawan dan juga pakar dalam bidang pelaburan.

Bidang keusahawanan adalah bidang yang tidak asing lagi bagi beliau sejak dari bangku sekolah lagi sehinggalah kini. Telah menjadi asam garam dalam hidupnya apabila beliau juga pernah gagal dalam beberapa perniagaan tetapi sering tidak berputus asa untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jutawan.

Pengalaman beliau ini telah dijadikan sebagai guru yang paling baik untuk beliau berkongsi dan menjana kewangan dengan lebih efektif dengan orang ramai.

Diantara portfolio perniagaan dan pelaburan beliau termasuklah perniagaan runcit, borong, pelaburan hartanah, saham amanah dan yang menjadi keutamaan beliau sehingga kini ialah pelaburan emas.

INSTAGRAM:Dato Azrin Anaz

1.Biodata coco mix

2.Luahan Sayu Isteri Pertama Kapten Azrin Suami Baru Coco Mix

 

 

Tags: #anaz #coco #latar belakar #siapa kapten azrin #suami #suami coco mix #suami king coco