Gambar & Latar Belakang DJ Randy Seidman Yang Mengaku Kekasih Nur Fazura

Gambar & Latar Belakang DJ Randy Seidman Yang Mengaku Kekasih Nur Fazura |Pelakon Nur Fazura menjadi topik hangat hari ini apabila kelibatnya didalam sebuah video “social experiment” yang dirakam ketika beliau bercuti di Amerika Syarikat.

Video itu menarik perhatian ramai apabila lelaki yang beberapa tahun dahulu pernah digosipkan bercinta dengannya , Randy Seidman mengakui Fazura sebagai teman wanitanya.

Randy yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang “cardboard” dengan ayat provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.
Teman wanita saya seorang Muslim dan dia adalah pencinta keamanan dari Malaysia. Kenapa dia harus dilarang masuk kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan. Anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal tentang Muslim dan saya tersinggung.

Video berkenaan telah ditonton lebih 317,000 kali itu dimuat naik oleh pemilik akaun YouTube dengan nama Hizzy.
Dua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Izzy dan Haseeb banyak menghasilkan video eksperimen sosial berkaitan masyarakat.

Randy pada masa yang sama sempat memuji dan menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita cantik selain mempunyai hati yang baik.

Siapakah DJ Randy Seidman
Randy Seidman adalah lelaki asal Los Angeles yang memiliki kemampuan dalam bidang elektronik,kebolehan dan semangatnya yang tinggi serta hasil kerjanya yang berkualiti membolehkan rendy untuk berkongsi panggung dengan DJ terkenal dunia seperti Kaskade, Ferry Corsten, Cosmic Gate, Benny Benassi, Andy Moor, Gabriel & Dresden, Erick Morillo, Orbital, Christopher Lawrence, Astrix, Morgan Page , MANDY, dan lain-lain lagi.

Katanya musik hasil pemikiran rendy mewujudkan suasana yang unik dan sangat menarik di dengar telinga.

Beliau terlibat dalam dunia musik sejak tahun 2007 dan bermain di 300 panggung di seluruh dunia pada tahun itu seperti Ecuador ke India, Mexico ke Amerika Syarikat, Kanada ke Ibiza, New York ke Madrid.

Pada tahun 2008 beliau pernah main di di salah sebuah kelab malam yang terbaik di dunia, Avalon dalam Hollywood Dalam hal ini DJ rendy telah membukan pintu kejayaannya dan berhasil menembusi negara asia seperti Korea,thailand,bangkok,malaysia dan indonesia hingga ia mendapat masuk dalam  DJ Mag top 100 poll.

Pada tahun yang sama rendy menghasilkan musik bersama pemain gitar Infected Mushroom, Tommy Cunningham sekaligus menaikkan rangkingnya ke tangga kedua dalam DJ Mag top 100.

Dalam tempoh yang sangat singkat ia kembali mengejutkan dunia musik dalam persembahan musik campuran di rumah terbuka yang dihadiri oleh orang orang ternama i Paul Oakenfold, Chris Lake, DJ Chus dan Quivver,video berkenan di muta naik dalam laman media dan telah mencapai 150.000 muat turun dari seluruh dunia.

Gambar DJ Randy Seidman Dengan Fazura

 

Tags: #Gambar DJ Randy Seidman Yang Mengaku kekasih baru Nur Fazura #Gambar DJ Randy Seidman Yang Mengaku kekasih Nur Fazura #Gambar DJ Randy Seidman Yang Mengaku kekasih Nur Fazura latar belakang DJ Randy Seidman #Gambar DJ Randy Seidman Yang Mengaku Nur Fazura Sebagai Teman Wanita #kekasih baru nur fazura #siapa DJ amaerika Randy Seidman