Gambar Dan Punca Gadis Pekerja Spa Dibunuh Dengan Kejam

3300 views

 

ajkjsa

Gambar Dan Punca Gadis Pekerja Spa Dibunuh Dengan Kejam|Gadis berusia 20 tahun yang ditemui mati di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu, disahkan dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, berkata pemeriksaan lanjut doktor perubatan ke atas mangsa mengesahkan punca kematian disebabkan sesak nafas dipercayai akibat dicekik.
“Mengikut penelitian bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung (patah) serta sebatang gigi kelihatan tercabut di bahagian atas yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat dicekik dan dipercayai mempunyai unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

“Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan dua lelaki  Positif dadah berusia 28 dan 25 tahun.

Suspek pertama berumur lingkungan 28 tahun diberkas kira-kira pukul 2.30 petang di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua yang juga pekerja spa berkenaan berumur 25 tahun pula ditahan kira-kira 11.30 malam Isnin di Kota Marudu,Dia disyaki suspek utama dalam kes ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama yang berusia 25 tahun.

Norfazlina Abantas yang merupakan pekerja spa, ditemui mati oleh oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira pukul 11.30 pagi, kelmarin

Terdahulu, polis mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas sebagai mati mengejut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

14591822_1500963013252208_7544100955576911910_n

14642254_1844687405762733_315401267601201495_n

capture

klks

Tags: #Dibunuh #ditolak #Gadis #Gambar #lamaran #pekerja spa