Gambar Dan Biodata Mangsa 6 Keluarga Kemalangan Di LPT 2

2714 views

 

HAHA

Gambar Dan Biodata Mangsa 6 Keluarga Kemalangan Di LPT 2|Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh dan terperosok di bawah sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman, di sini, tengah hari tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49; isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48; Noor Amira Syahirah Alias, 22; Aliff Hateem Azaman, 16; Aliff Hakim Azaman, 12; dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.

Azaman Ramli 6 (1)

Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu. Mangsa yang menaiki kereta Toyota Camry sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh bahagian belakang lori treler itu yang berhenti di lorong kecemasan.

Ketika kejadian, keadaan jalan agak licin kerana hujan. Pemandu lori treler itu yang dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari kemalangan itu sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya lain.

Pemandu lori yang berusia 35 tahun dan berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu, 25 anggota bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Gambang yang dikejarkan ke lokasi nahas, mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Semua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. – BH

Baca lagi:Luahan Sayu Anak Mangsa Kemalangan LPT2

Gambar sekitar kemalangan.

12140801_534980410003102_485692133480976793_n

 

KEMAMAN 14 OCTOBER 2015 Kereta Toyota Camry yang dinaiki enam sekeluarga maut dalam kemalangan dipercayai terbabas merempuh belakang sebuah lori traler yang sedang berhenti dekat Hentian Rehat dan Rawat, Perasing , Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2.STR/ROSLI ILHAM.

12109097_534980400003103_3621511033013980684_n

KEMAMAN 14 OCTOBER 2015 Kereta Toyota Camry yang dinaiki enam sekeluarga maut dalam kemalangan dipercayai terbabas merempuh belakang sebuah lori traler yang sedang berhenti dekat Hentian Rehat dan Rawat, Perasing , Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2.STR/ROSLI ILHAM.

Azaman Ramli 1

CRRm1XbUEAA60fW

Azaman Ramli 2

Azaman Ramli 8

Azaman Ramli 4

Tags: #BIODATA #Gambar #kemalangan lpt2 #mangsa kemalangan.6 keluarga