Gadis Dicabul Dalam Semak Setelah Termakan Janji Manis Lelaki Tawarkan Kerja

11934962_884605024960161_7617338245821548533_n

 Gadis Dicabul Dalam Semak Setelah Termakan Janji Manis Lelaki Tawarkan Kerja|Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi mangsa cabul seorang lelaki berusia 40-an di kawasan Hutan Lata Sedim Sungai Kob di sini semalam setelah terpedaya dengan janji manis berhubung tawaran kerja daripada suspek.

Mangsa yang berasal dari Sungai Karangan itu dipercayai mengenali suspek tersebut melalui aplikasi Wechat dan membawa kepada pertemuan pada pukul 4 petang berhampiran kawasan berkenaan sebelum diajak ke atas bukit di tepi hutan tersebut untuk terus ke sebuah kawasan lombong bijih timah iaitu tempat kerja yang dijanjikan.

11144484_1050140465011227_2285293688586041495_n

Ketua Polis daerah, Superintenden Abdullah Arshad berkata, ketika sampai di suatu tempat dengan tiba-tiba mangsa telah diugut bunuh dan tidak akan dicederakan sekiranya mengikut segala arahan lelaki itu.

“Ketika mangsa cuba melarikan diri, berlaku pergelutan antara mereka sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke curam dan tersangkut di tepi akar pokok.

“Pada masa itu, mangsa sempat menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdullah berkata, suspek turut berusaha menjejaki mangsa tetapi gagal sehinggalah pasukan mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan penduduk kampung berjaya menjumpai mangsa terlebih dahulu pada pukul 1.15 pagi.

 

Beliau berkata, mangsa hanya mengalami luka-luka kecil kesan terjatuh daripada curam tersebut dan terus dihantar ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan.

Suspek lelaki tersebut pula dipercayai berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai sebelum dibawa ke Hospital oleh pihak berkuasa.sumber

11949386_757759584350298_1735894853799476042_n

Tags: #Cabul #Dalam #Gadis #semak