Gadis 20 tahun dedah lahirkan anak pelakon

4201 views

Gadis 20 tahun dedah lahirkan anak pelakon|Kecoh juga di sosial media dan internet pagi ini apabila ada satu laporan mendedahkan yang seorang wanita berusia 20-an tampil membuat pengakuan yang beliau sudah melahirkan seorang anak hasil hubungan luar nikah dengan seorang pelakon popular.

“Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini”

Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,” ujarnya kepada pemberita.

Pelakon berkenaan hilangkan diri sehingga gadis itu menyedari sedang hamil tiga bulan. Usaha untuk menghubungi pelakon itu melalui pelbagai cara juga gagal.

“Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan,” tambahnya.

Gadis itu juga berkata yang beliau tidak kisah jika pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab menjaga bayi berkenaan namun meminta pelakon itu supaya membayar kos pemeriksaan kandungan di hospital swasta selama 9 bulan sebelum ini.

“Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,” tambahnya lagi.

 

 

Tags: #anak pelakon #Dedah #Gadis 20 tahun #Lahirkan #Popular