Foto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz Fairuz

1423 views

Foto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz FairuzTernganga, terkedu dan terkesima. Itulah reaksi kami bila tonton filem ‘Dendam Orang Mati’lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana.

Bukan sebab ceritanya yang agak seram dan menakutkan, tetapi beberapa babak lakonan Miera Liyana bersama Fizz Fairuz yang lebih mencemaskan kami.

Gila tak cemas apabila menyaksikan Miera Liyana berbikini sambil berenang kemudian Fizz Fairuz pula membalutkan tubuh Miera dengan tuala.

Terdetik di hati kami, tidakkah ada rasa segan pada gadis berusia 23 tahun ini apabila diminta melakonkan babak sebegitu?

Ditambah pula dia juga perlu melakonkan beberapa aksi berani bersama Fizz Fairuz. Menurut Miera, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon selain sudah menganggap Fizz sebagai abangnya sendiri.

Miera dengan Fizz, kami dah banyak kali berkerjasama. Jadi kami dah seperti adik beradik. Maka, kalau dia tengok saya pakai bikini masa itu pun dia tak ada nafsu, dah macam tengok adik sendiri.

So far, tak ada rasa kesal ke apa. Semua itu Miera anggap sebagai pengalaman untuk jadi lebih baik selepas ini. Ketika itu Miera masih muda dan apa yang dalam fikiran hanya nak berlakon bersama dengan pelakon hebat.

Bagaimanapun, Miera memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Foto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz FairuzFoto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz FairuzKalau korang nak tahu, filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini.

Mengisahkan Lena (Lisa Surihani),  seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam.

Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena.

 

Foto : Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini Depan Fizz FairuzApakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.

Bagi kami, percubaan Lisa melakonkan watak psycho memang menjadi. Tetapi, ada beberapa babak yang tak real dalam filem ini. Contohnya, babak kebakaran yang menggunakan teknik CGI kelihatan seperti hasil kerja amatur.

Tags: #foto miera liyana berbikini #Gambar Hot Miera Liyana #gambar miera liyana berbikinii #gambar Miera Liyana yang menggoda #Gambar Seksi Miera Liyana #Miera Liyana #miera liyana berbikini dalam film #miera liyana berbikini dalam film baru #miera liyana berbikini dalam film dendam orang mati #miera liyana berbikini dalam film terbaru #Miera Liyana hot #Miera Liyana Seksi #Miera Liyana Tak Kisah Pakai Bikini