Formula Satu: Vettel Berundur Daripada Red Bull

433 views

SUZUKA – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Sebastian Vettel akan berundur daripada pasukan Red Bull pada penghujung musim perlumbaan tahun ini, demikian umum pasukan dari Austria itu sebentar tadi.

Vettel, 27, yang menang semua kejuaraan dunia menerusi Red Bull dengan mendominasi selama empat tahun F1, akan digantikan oleh pelumba Russia berusia 20 tahun, Russian Daniil Kvyat.

Kvyat kini beraksi musim ini dengan pasukan junior Red Bull, Toro Rosso. – AFP

Tags: #berundur #Bull #Daripada... #Formula #Satu #Vettel