Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dengan Adam Ketika Sahur

372 views

Pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Halim yang pernah bercerai tidak lama selepas bernikah akhirnya disahkan rujuk kembali pada Ramadhan yang lalu.

Berkongsi kisah rujuknya dengan Adam, Fiza berkata segalanya berlaku ketika mereka sama-sama bersahur untuk menunaikan fardu Ramadhan. Merujuk Fiza juga, mereka masih lagi tinggal sebumbung ketika tempoh edah.

“Tiba-tiba masa sahur itu dia lafazkan mahu rujuk semula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung. Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali bergelar sebagai suami isteri. Syukur Allah mendengar doa saya dan peminat.

“Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama.

“Kalau nak kata kehidupan berubah daripada dulu tak ada sangat. Cuma masing-masing sudah baiki kesalahan diri sendiri. Ia mengajar kami agar lebih berhati-hati dalam kata-kata dan tingkah laku. Paling penting, kami kena lebih banyak bersabar. Saya akui kehidupan lebih seperti lengkap semula.

“Dulu bila tak ada suami macam patah kaki sebelah juga rasanya. Memanglah kita boleh hidup sendiri tapi bila bersuami ini rasanya lain sikit dan lebih baik sebenarnya.” jelas Fiza Halim.

Oh! Media mendoakan semoga rumahtangga Fiza dan Adam kali ini kekal hingga ke akhir hayat. Mulakan hidup baru dengan lebih bahagia.

Tags: #Adam #dengan #Fiza #Ketika #Kisah #Kongsi #Rujuk #Sahur