Fazura Menangis Tonton Filem Sendiri

1388 views

gambar fazura

 

Aktres Nur Fazura Sharifuddin berkongsi watak Ifti Liyana yang dilakonkannya dalam filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ mempunyai banyak persamaan dengan dirinya sekarang. Kata Fazura, dia menggarapkan 100 peratus dirinya dalam watak Ifti.

“Mungkin secara kebetulan watak Ifti begitu dekat dengan saya sekarang, terutamanya dari segi kematangan. Ifti merupakan seorang gadis yang matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Ifti suka kanak-kanak sama seperti saya,” kongsi Fazura.

Tambah Fazura, dia turut menjadikan pengalaman peribadi sebagai rujukan dalam menjayakan babak putus cinta dengan Shaheizy Sam yang memegang watak Nazmi.

“Saya boleh kaitkan babak tersebut dengan pengalaman saya sebelum ini. Saya rasa semua orang pun akan menangis kalau putus cinta. Malah ketika menonton filem ini tadi pun saya masih mengalirkan airmata,” kongsi Fazura.

Shaheizy Sam dan fazura

Fazura bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam ‘Manisnya Cinta’

Menurut pengarah Bernard Chauly pula, dia menawarkan watak Ifti kepada Fazura kerana percaya aktres itu mempunyai banyak persamaan dari segi perwatakan dengan Ifti.

“Saya bayangkan Ifti merupakan seorang gadis yang cantik, kreatif dan memiliki sifat keibuan. Jadi saya berpendapat perwatakan tersebut ada pada Fazura,” kata Bernard yang sememangnya menanti untuk berkerjasama sekali lagi dengan Fazura selepas kejayaan filem ‘Gol & Gincu’ dan ‘Pisau Cukur’.

‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ merupakan filem adaptasi daripada novel karya Anis Ayuni. Bakal menemui penonton pada 11 Disember depan, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Lisa Surihani, Rafidah Abdullah, Faizal Hussein dan Fauziah Ahmad Daud.

sumber:gua.com.my

Tags: #'Manisnya Cinta #cerita fazura #Fazura #fazura dan Shaheizy Sam #fazura instagram #fazura menangis #Filem #filem fazura #filem Manisnya Cinta #gambar fazura #menagis #Sendiri #Shaheizy Sam #Tonton #tonton filem fazura

loading...