Fakta Menarik Tentang Syed Saddiq

348 views


Fakta Menarik Tentang Syed Saddiq|“Siapakah Syed Saddiq?” soal wartawan bernada santai. Dia memikirkan seketika, lantas menjawab, “Saya orang yang bangga menjadi anak Malaysia. Ini semua disebabkan semangat patriotisme telah dididik sejak bersekolah di Maktab Tentera Diraja (RMC). Setiap pelajar RMC akan ‘dibasuh’ supaya mencintai negara. Dan ternyata ia berjaya mengubah diri saya ke arah lebih baik.”

Sambung Syed Saddiq, “Saya berasal dari Johor Bahru Dan kalau nak tahu, saya sangat kuat bekerja. Sama seperti ibu saya.

Cerita Syed Saddiq lagi, banyak pengalaman menyeronokkan dialaminya sepanjang menceburi bidang perdebatan. Antaranya, dia berpeluang mengembara ke 25 negara juga menerima layanan kelas pertama daripada pihak-pihak tertentu. “Atas tuntutan debat, saya berpeluang mengembara ke serata dunia.

Dari situlah saya belajar banyak benda baru melalui pendekatan budaya dan berkenalan dengan penduduk di sana. Tentang layanan pula, tiada satu pun aduan. Tetapi, saya taklah suka dilayan berlebih-lebih. Cukup sekadar biasa-biasa sahaja.”

Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu. Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35. Lebih membanggakan, Syed Saddiq turut pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.

“Apakah perbezaan Syed Saddiq sekarang berbanding waktu awal menceburi debat?” “Banyak bezanya. Kalau nak ceritakan pun malu. Hanya ibu sahaja pernah menonton rakaman video pertama kali saya berdebat.

Pada ketika itu, nampak sangat saya kurang pengetahuan dan fakta-fakta penting. Jadi, bagi ‘menutup’ kelemahan itu, saya sampaikan hujah-hujah debat dengan penuh keyakinan.

Saya gemar tonjolkan keyakinan. Itulah cara saya!” Tanpa disangkal lagi, nama Syed Saddiq melonjak naik lebih-lebih lagi setelah dia dianugerahi gelaran pendebat terbaik sebanyak tiga kali. Dan secara tak langsung, ia menjadi batu loncatan buat Syed Saddiq dikenali ramai.

Menurut Syed Saddiq, biarpun dia telah dianugerahi pelbagai gelaran dan anugerah besar, ia tidak bermakna dia perlu berlagak sombong. Merendah diri itu perlu dikuasai. “Saya masih kekal dengan saya seperti yang dulu, cuma lebih baik dari segi pemikiran dan pembawaan diri.

 

10 perkara tentang Syed Saddiq


Meminati artis antarabangsa Selena Gomez

– Tidak gemar dipanggil YB kerana merasakan gelaran itu seperti ‘orang tua’.

– Mengakui tiada kekasih buat masa ini kerana ‘tiada masa’ untuk menjalinkan hubungan.

– Menanti situasi berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam sidang Parlimen nanti.

– Yakin janji 100 hari 10 janji Pakatan Harapan dapat laksanakan.

– Menang PRU14 kerana undi anak muda

– Suka bermain polo air dan hoki

– Sentiasa meminati bidang perguruan meskipun kini bergelar ahli Parlimen.

– Anak emak dan emaknya merupakan sumber isnpirasinya.

– Mengimpikan masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang pada masa mendatang.

Tags: #fakta #Menarik #Syed Saddiq #Tentang