EPL: Aston Villa sambar Cleverley dari United

362 views


LONDON: Aston Villa sudah mengikat pemain tengah Manchester United, Tom Cleverley atas pinjaman semusim selepas berjaya dalam misi mereka sebelum tarikh tutup jendela perpindahan, semalam.

Cleverley, 25, yang hadir daripada sistem akademi United sudah membuat 79 kemunculan untuk juara 20 kali itu. Dia angkat kaki dari Old Trafford selepas menyedari peluang beraksi secara kerap dalam skuad Louis Van Gaal makin tipis.

Dia mengikut jejak langkah dua lagi bekas pemain United. Javier Hernandez kini menyertai Real Madrid atas pinjaman semusim manakala Danny Welbeck dibeli oleh Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai sekitar 16 juta pound (RM80 juta). – AFP

Tags: #Aston #Cleverley #Dari #sambar #United #Villa