Enggan Tanggung Malu,Gadis Dikurung 16 Tahun Kerana HamilAnak Luar Nikah

16264 views


Enggan Tanggung Malu,Gadis Dikurung 16 Tahun Kerana HamilAnak Luar Nikah|Seorang wanita yang dihukum oleh keluarganya kerana mengandung dan dikurung selama 16 tahun di sebuah bilik kecil akhirnya dibebaskan dari ‘penjara’ itu, lapor Daily Mail.

Maria Lucia de Almeida Braga, 36, dikurung dalam bilik seluas 3 x 3 meter selepas dia didapati mengandung pada usia 20 tahun, hasil hubungan bersama dengan lelaki yang dipercayai kekasihnya.

Apabila dia bersalin, bayi lelakinya diberikan kepada keluarga lain.
Bilik yang menempatkan Maria Lucia dikurung itu tidak mempunyai tandas, berbau hancing dan najis. Malah tiada bekalan elektrik dan hanya cahaya dari luar tingkap, di mana mangsa dikurung sepanjang masa.

Maria Lucia dikurung dalam keadaan bogel, namun diberi makan dua kali sehari seperti binatang.

Maria Lucia diselamatkan dari rumah keluarganya yang terletak di luar bandar Uruburetama, pada 9 Mac lalu, tetapi berita mengenainya hanya disiarkan selepas abangnya, Joao de Almeida Braga, ditahan.

Braga, 48, ditahan kerana mengurung dan memberi layanan buruk kepada adiknya dan kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 8 tahun.

Bapa yang dipercayai dalang utama mengurung mangsa bagaimanapun menghidap strok dan tidak akan didakwa kerana masalah kesihatannya.

Peguam Maria Lucia, Harley Filho berkata, “Hanya kerana mangsa mengandung dan enggan menanggung malu, si bapa telah memilih untuk mengurung anaknya. Mangsa melahirkan anaknya dan bayi itu diserahkan kepada pihak ketiga.”

Difahamkan si ibu pada awalnya tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap anak perempuannya itu namun tidak berdaya membantah keputusan suami dan anak lelakinya. Akibatnya, si ibu mengalami masalah psikologi dan akhirnya terlantar di katil.

Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa memecahkan selak pintu untuk memasuki rumah berkenaan sebelum menemui mangsa dalam bilik yang busuk dan kotor. Mangsa yang ternampak pegawai polis segera mendapatkan mereka untuk meminta bantuan.

Menurut jurucakap polis, kediaman keluarga itu terlalu jauh dan jarang dilalui kenderaan lain.

“Jika mangsa menjerit sekuat mana pun, tiada sesiapa yang akan mendengar jeritannya. Ketika ditemui, dia kelihatan kurus dan sukar bercakap,” katanya.

Anak lelaki mangsa yang kini berusia 15 tahun telah dikenalpasti dan akan disatukan dengan ibunya tidak lama lagi. – The Reporter

Tags: #16 tahun #kerana mengandung anak luar nikah #wanita dikurung