Dua Sahabat Tak Sempat Buka Puasa Bersama

1257 views

Dua Sahabat Tak Sempat Buka Puasa Bersama|Niat dua sahabat untuk berbuka puasa sunat bersama, tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki di timbun tanah runtuh di terowongan jalan Bandara Soekarno-Hatta dalam kejadian Selasa (6/2/2018) Bogor.

Kedua mangsa yang dikenali sebagai Mukhmainna dan Dianti Putri yang juga pekerja Garuda Maintenance Facility Aeroasia di Bandara Soekarno-Hatta,berjaya ditemukan selepas 10 jam terperangkap dalam kereta.

Namun salah seorang dari kedua sahabat itu meninggal dunia akibat tidak dapat bertahan.

Menurut sumber metro bogor,mangsa selamat Mukhmainna yang kini dalam rawatan hospital menceritakan detik cemas kejadian.

Ketika kejadian,Mukhmainna berkata dia sempat tidak sedarkan diri beberapa jam sebelum dia cuba menghubungi ayahnya melalui aplikasi Wassap untuk meminta bantuan.

kiri :Dianti Putri
kanan :Mukhmainna

Sementara ketua pihak penyelamat Harry Kurniawan memaklumkan,mereka bergegas kelokasi kejadian selepas menerima aduan adanya mangsa terperangkap dalam tanah runtuh.

Namun lokasi mangsa yang terperangkap didalam terowongan cukup sukar hingga mereka membutuhkan waktu yang cukup lama untuk membuat galian.

Ditambah lagi pendinding jalan yang seberat hampir 2 tan menghimpit kereta mangsa.katanya.

Bagaimanapun selepas 10 jam,pihak penyelamat berjaya mengeluarkan kedua sahabat itu,namun salah seorangnya telah meninggal dunia akibat tersepit dan kekurangan oksigen.

Tags: #bersama #Buka Puasa #dua sahabat #tak sempat