Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

1221 views
Foto : by Desert-Winds deviantart.com

Foto : by Desert-Winds deviantart.com

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf | Wajah yang cantik dan berseri sentiasa menjadi idaman wanita. Untuk mendapatkan wajah cantik, manis dan berseri, apa kata amalkan membaca surah  Yusuf Ayat 4. Seeloknya  dibaca selepas solat.

Maksud Surah Yusuf Ayat 4; “(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”

Kemudian baca  surah Thaahaa ayat 39.

Maksudnya: “Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”.

Caranya:

  • Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
  • Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Insyaallah, sentiasa amalkan surah Nabi Yusuf ini. Doa ini  sebagai penyeri, pemanis dan pengasih wajah.

sumber- Sentiasapanas.com

Tags: #doa mencantikkan wajah #doa nabi yusuf #doa serikan wajah #naikkan seri wajah #tip mencantikkan wajah