Doa Ibu Dimakbulkan Tuhan

2329 views

Doa Ibu Dimakbulkan Tuhan|Seorang remaja, Mohd. Azarul Mukhris Abd. Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, Semenyih di sini sejak Ahad lalu berjaya ditemukan pagi tadi.

Difahamkan, remaja tersebut telah ditemukan oleh sekumpulan pendaki Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) kira-kira pukul 11.30 pagi di kawasan bukit berkenaan .

Operasi membawa turun dan menyelamat remaja berkenaan kini sedang giat dijalankan

Kasih Sayang Seorang Ibu, Sanggup Kerah Keringat Daki Bukit Broga Sertai SAR Cari Anaknya Yang Hilang

ibu sanggup memerah kudratnya apabila beliau telah menyertai misi mencari dan menyelamat anaknya  Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu, lapor Harian Metro.

Rohana Saad, 49, menyatakan dia sehingga kini tidak daapt tidur nyenyak apabila memikirkan keadaan anaknya yang memasuki hari keempat hilang.

“Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini.

“Hilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku.”

“Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana, kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.

“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya

Tags: #Doa Ibu Dimakbulkan Tuhan #i Bukit Broga #Mohd. Azarul Mukhris Abd #remaja hilang