Dituduh Palsu,Sefhia Buktikan Payudara Besar Asli

377 views

Dituduh Palsu,Sefhia Buktikan Payudara Besar Asli|Biarpun berazam untuk mengurangkan kontroversi pada tahun 2018, namun penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein tetap tidak dapat mengelak daripada dihurungi cerita panas.

Terbaharu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini dikatakan membuat pembedahan pada payudaranya agak kelihatan lebih besar.

Tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, secara logiknya dia masih menyusukan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, sejak dua tahun lalu.

“Sefhia masih menyusu badan, jadi macam mana pulak nak buat payudara. Apa pasti payudara saya original dan alhamdulillah rezeki Sefhia juga dapat menyusu badan sehingga ke hari ini.

“Jadi kalau mana-mana wanita yang mahu payudara nampak besar, beranak dan berilah anak anda susu,” selorohnya ketika ditemui pada pelancaran Mentor Otai, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya tidakkah dia bimbang andai ada netizen yang membandingkan gambar lamanya dengan gambar kini, serta dilabelkan sebagai simbol seks, wanita berusia 38 tahun ini berkata, dia sudah lali dengan kata-kata netizen.

“Pada saya itu hak masing-masing nak kata apa. Saya tak boleh tutup mulut orang. Malah selepas sekian lama berkecimpung di dalam industri seni, saya dah biasa dan tak cepat berasa sensitif,” jelasnya.

Tambah Elly, pengalaman juga menjadikan dia wanita yang lebih kuat dan berani berbanding dahulu.

“Dulu bila saya diam je, orang sekeliling macam naik lemak. Tapi kini tidak lagi. Kalau orang cakap benda tak betul saya bagi balik,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi program Mentor Otai yang akan bermula mula Ahad ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan ini akan menjadi pengacara bersama penyampai Hot FM, Haziq Husni.

Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, setiap Ahad, jam 9 malam, sebanyak tujuh episod, membariskan penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider sebagai mentor.

Tags: #Dituduh Palsu #Sefhia Buktikan Payudara Besar Asli