Ditebuk tupai di kampung, di bandar ditebuk musang pulak……

261 views

Ditebuk tupai di kampung, di bandar ditebuk musang pulak……|Ayah yang berusaha urus untuk kahwinkan saya dengan lelaki tu, tapi keluarga saya dipermainkan, dihalau, dimaki oleh keluarga lelaki tu sampaikan ayah saya tak sanggup untuk lepaskan saya pada lelaki tu. Allah, dia maha tahu yang terbaik bagi saya dan keluarga.

Setahun berlalu, saya hidup bersama keluarga, tolong jagakan rumah, memasak, aturkan adik2 yang ramai. Kalau ummi nak tahu, saya anak kedua, kakak saya sulung dah berkahwin, semuanya dalam keluarga ada 9 orang termasuk ibu ayah saya.

Dalam tempoh setahun tu, saya mencari diri saya semula, 2-3 bulan lepas ayah syaa dihalau oleh keluarga lelaki tu, saya bagaikan orang gila dalam rumah, sudahlah ditebuk orang, maruah keluarga saya pulak diperkotak katikkan oleh orang yang sama. Sakit jiwa dibuatnya saya ummi, ramai kawan saya yang tahu akan hal ni, itu tak termasuk kawan ibu saya. Ibu saya seorang cikgu ummi, sebab tu jugak saya tertekan. Sebab saya dah malukan banyak orang. Allah..

Rasa macam nak bunuh diri jangan cakapla ummi, kuat sungguh hasutan tu. Ayah saya yang tak pernah menangis pun menangis tengok saya macam tu.

Alhamdulillah, saya usaha untuk lawan jugak semua tu. Macam2 cara sy buat utk bangkit balik, dan lama kelamaan sy dpt terima hakikat pasal semua tu. Saya berusaha untuk bina keluarga saya balik, bekerja, untuk tolong tampung adik2 nak belanja. Tak lama lepas tu, ayah saya pergi meninggalkan kami semua. Saya dah jadi anak yatim ummi. Saya sayang sangat ayah saya. Teringat saya ayah menangiskan saya.

Ayah meninggal kerana jangkitan pada hati, dah kronik, mungkin dah lama ayah sakit, tapi ayah sembunyikan. Tinggal saya, adik2 dan ibu untuk teruskan hidup. Ibu mengajar disekolah, saya uruskan rumah, memasak, uruskan sekolah adik2. Waktu yang ada sambil2, saya cari kerja kosong, dan memohon sambung belajar.

Allah duga saya lg ummi, saya dapat smbung belajar jurusan business di universiti kampus di KL. Teragak ibu nak lepaskan saya pergi belajar tmpat jauh, risau. Tetapi digagahkan jugak, sebab nak saya ada pelajaran, dapat kerja bagus, disediakan sekali sebuah kereta untuk saya brgerak disana.

Di KL, pergaulan bercampur buat saya berubah arah. Sekali lagi personaliti saya berubah, dari bertudung labuh, saya pakai pakaian ketat, bertudung tidak tutup dada dan mula belajar merokok. Solat pun saya dah mula tinggal.

Kat sana jgk saya brknalan dengan seorang lagi lelaki. Muda setahun dari saya, kami dari negeri yang sama cuma universiti berlainan.

Dia di johor, saya di kl. Bila cuti semester, kami rancang berjumpa dan pulang ke kampung brsama menaiki kereta saya. Dengan lelaki ini saya masuk ke dunia dadah.

Saya tak pernah ambil dadah lain selain ganja, ganja dadah semula jadi bukan sintetik, yang saya ambil untuk tujuan menenangkan diri. Selama saya menghisap ganja, bekalan ganja diberi percuma.

Pertama kali saya terlanjur dengan lelaki ni, saya diberikan ganja, yang pada mulanya saya ingatkan rokok biasa tetapi saya diperdaya kerana saya diberi gulungan yang berisi daun ganja, dihisap sama sperti merokok, cuma kesannya mmbuatkan saya khayal, dan begitu tenang sehingga tidak sedar keadaan sekeliling. Saya trlanjur dengan lelaki itu kesan daripada ganja, dan membuahkan benih mmbentuk seorang bayi tak berdosa. Allah.. hebat aturanMu utk sedarkan aku

Ummi, berapa banyak dosa saya, tak terampun rasanya. Berulang2 kali saya solat taubat, menangis2 saya. Masa mengandung, Allah, lagi luluh hati saya kesiankan anak ni, saya sayang sangat2 anak ni. Sekarang ni saya tinggal dengan ibu saya dan adik2 semula, bersama anak anugerah ini. Keluarga lelaki tu dan dia sendiri taknak bertanggung jawab atas baby saya kerana saya buah yang sudah ditebuk. Itulah balasan saya ummi, saya tak serik lepas apa yang dah jadi. Allahu…

saya redha dengan nasib saya, tapi Allah titipkan nafas baru dan semangat baru(anak) untuk saya berjuang semula. Untuk saya lebih kuat membantu keluarga. Tapi saya takut, takut berulang kembali dosa silam . .

Kini saya berada di rumah bersama ibu, mengasuh anak, berkemas rumah, memasak, membantu adik adik belajar. Saya tidak meneruskan penggajian. Saya trauma dengan pengalaman yang dilalui. Saya tidak mampu membendung diri dari dipengaruhi oleh anasir luar yang menjerumus kepada maksiat, maka saya pilih untuk tinggal di dalam rumah sambil meneruskan amalan solat taubat. Saya takut bertemu lelaki yang bukan mahu melindungi, sebaliknya mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan seperti saya.

Pada ibu bapa, dengar aduan anak ketika mereka mengadu berlakukan pencabulan atas diri mereka. Siasat. Sekiranya berlarutan hingga remaja, terjadi lagi keterlanjuran, jangan buang mereka, pimpin mereka kembali jalan lurus. Sekiranya berulang lagi, tetap beri perhatian walaupun kita benar benar tersakit. Sesungguhnya Allah benar benar mahu menguji kesabaran kita. Buruk macamana pun dia tetap anak kita, pintu taubat masih terbuka. Jika Allah tidak menghukum kenapa kita nak mengadili? Bimbinglah mereka untuk sekian kalinya selagi mereka juga tidak menjauhkan diri.

Tags: #di bandar #di kampung #ditebuk musang pulak #Ditebuk tupai