Diserang Stroke Dan Mulut Berbuih Disangka Santau Rupanya Akibat Amal Pil Perancang

pil perancang

Diserang Stroke Dan Mulut Berbuih Disangka Santau Rupanya Akibat Amal Pil Perancang|Seorang wanita berusi 43 tahun terpaksa di larikan kehospital setelah 12 tidak sedarkan diri akibat pengsan dirumah ketika memasak.

Menurut tulisan Dr.zubaidi.com pada mulanya keluarga enggan membawa pesakit kehospital kerena menyangka beliau di serang santau,dimana berkebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenan pertelingkahan harta peninggalan nenek mereka.

Setelah tidak sedarkan selama 12 jam,dan berusaha berobat dengan cara kampung akhirnya atas nasihat seorang ustaz mereka membawa pesakit kehospital.

Waktu tengah malam keadaan pesakit semakin teruk,mukanya pucat dan mulutnya mulai berbuih,”sah la ini santau” bisik orang kampung bila melihat keadaan si pesakit.

Namun apa yang mereka tidak sedari bahwa si pesakit mempunyai tekanan darah tinggi yang sudah tidak terkawal dimana sesekali si pesakit terlupa memakan ubat.

Manakala rekod kesihatan di hospital, tekanan darah yang terakhir di lakukan pada dua minggu lepas adalah 160/100 dan beliau masih lagi mengamalkan pil perancang.

Akhirnya pesakit di tahan di ICU dan CT scan otak mendapati bahawa pesakit mengalami darah beku di otak yang serius yang menyebabkan beliau lumpuh.

 

Bagaimanakah pil perancang dapat menyebabkan stroke.

Menurut kebanyakan teori pil perancang yang mengandungi hormone estrogen ini boleh menyebabkan sakit kepala antara teori itu adalah hormon estrogens yang berada dalam pil itu boleh meyebabkan darah menjadi mudah pekat dan beku darah yang membeku di bagian otak dapat meyebabka stroke.

Terdapat juga dalam beberapa kajian bahawa wanita yang berumur 35 tahun yang mempunyai penyakit migran boleh di serang stroke jika mengamalkan pil perancang.

Wanita yang tidak boleh mengamalkan “LANGSUNG” pil perancang.

-Selepas melahirkan anak kurang dari 6 minggu
-Wanita yang berumur 35 tahun keatas dan merokok melebihi 15 batang sehari.
-Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
-Wanita yang pernah mengalami penyakit venous thromboembolism(VTE)
-Wanita yang pernah di serang penyakit jantung dan mempunyai penyakit ischemic hert disease.
-Wanita yang pernah di serang stroke
-Wanita yang mempunyai ijab jantung
-Wanita yang mempunyai migran bersama dengan simptom focal neurology
-Wanita yang mempunyai kanser payudara
-Wanita yang memupunyai diabetes yang tidak terkawal bersama dengan masalah mata.
Itu adalah antara wanita yang tidak boleh langsung mengamal pil perancang.berikut ini adalah :

Wanita yang boleh mengamalkan pil perancang akan tetapi berisiko tinggi untuk mendapat stroke.

-Wanita yang berumur 35 tahun dan merokok kurang dari 15 batang sehari.
-Wanita yang mempunyai darah tinggi(systolic 140-159mmHg atau diastolicc 90-99 mmHg)
-Wanita berumur 35 dan mempunyai migran
-Wanita yang mempunyai penyakit batu hempedu.
-Wanita yang mempunyai penyakit hati cirrhosis yang terkawal
-Wanita yang sedang rawatan dan boleh menggangu petabolisme
(Rujuk World Health Organization Improving access to quality care in family palanning medical eligibility criteria for contraceptive use.2nd ed Geneva WHO.2001)

Info penting:

Ramai yang tidak mengetahui bahawa seorang wanita yang mengidap sakit kepala akibat migran tidak boleh mengamalkan pil perancang,begitu juga yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak terkawal,selain itu pil perancang ini boleh menyebabkan sakit kepala bagi sesetengah wanita

Ini bermakna sakit kepala adalah kesan sampingan yang utama bagi pengguna pil perancang.perbandingan yang pernah di catatkan 10 orang wanita mengidap sakit kepala hanya satu yang mempunyai sakit kepala yang tidak berpunca dari pil perancang.catatan Larson -cohn u.Acta neurol Scand 1970,46:267-278

Nasihat eberita.org.pada wanita yang ingin mengambil pil perancang agar melihat semua Profil kesihatan anda sama ada anda sesuai ataupu tidak, buat pemeriksaan darah untuk pengesahan penyakit penyakit yang mungkin menyebabkan anda terdedah pada bahaya serangan stroke.

Perkara ini haruslah berbincang dengan suami terlebih dahulu kemudian berbincang dengan doktor untuk mencari pilihan lain bagi merancang keluarga dengan lebih selamat.seperti kondom dan juga lainnya.kalau nak senang sunat suami lagi sekali.

Baca juga fakta peting:20 Kesan Buruk Makan Pil Perancang

Pernah Perlaku Kejadian pada tahun 2012

kol

 

Tags: #akibat amal pil perancang #bahaya amal pil perancang #mulut berbuih amal pil perancang #Strok