Dipatuk Tedung Selar Tengah Hari

520 views

Dipatuk Tedung Selar Tengah Hari|KETIADAAN ibu bapa di rumah digunakan seorang wanita untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang dikenali menerusi Facebook sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan wanita, 23, dan pasangannya, 19, terbongkar selepas dicekup dalam keadaan mengaibkan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Besut, semalam.

Dalam serbuan pada 12 tengah hari, wanita terbabit hanya memakai baju tanpa seluar dan tudung manakala pasangannya yang memakai tuala bersembunyi di dalam tandas.

Menurut sumber, sepasukan anggota penguat kuasa melakukan serbuan selepas menerima aduan awam yang mengesyaki pasangan terbabit melakukan aktiviti tidak sopan kerana ibu bapa wanita berkenaan tiada di rumah.

Katanya, pasangan terbabit kemudian ditahan dalam serbuan itu, dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai hubungan sah.

“Siasatan mendapati pasangan itu berkenalan kira-kira dua tahun lalu menerusi Facebook, namun lelaki terbabit yang berasal dari Sarawak baru sahaja berada di Besut sejak empat hari lalu.

“Sebelum ini, pasangan terbabit hanya berhubung menerusi telefon dan panggilan video. Lelaki terbabit dikatakan datang ke Besut untuk menguruskan perkahwinan mereka yang dirancang selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.