Punca warga Mynmar Bunuh Sadis Majikan

1702 views

Punca warga Mynmar Bunuh Sadis Majikan|Johor Bahru – Dua pekerja asing warga Mynmar ditahan polis bagi membantu siasatan selepas penemuan mayat seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat menjual lori dipercayai dibunuh dan disembunyikan di sebuah lubang di bawah rumah kontena di Jalan Sri Purnama, Kampung Sri Purnama dekat sini, kelmarin.

Mayat mangsa, Goh Geok Leng, 43, ditemui sepasukan polis kira-kira pukul 9.30 malam selepas menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu.

Lokasi kejadian terletak di belakang premis terbabit yang menempatkan tempat tinggal pekerja.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh seorang pekerja mangsa yang curiga selepas wanita itu menghilangkan diri.

Ujar beliau, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa telah pergi ke belakang pejabat sebelum menghilangkan diri.

Susulan kejadian itu, katanya, polis telah menahan dua suspek warga Myanmar yang juga pekerja mangsa bagi membantu siasatan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan layanan mangsa yang juga majikannya.

Tags: #Bunuh #punca #Sadis Majikan #warga Mynmar