Diana Rafar Tegaskan Dia Masih Isteri Zamarul Hisham

1040 views

Gara-gara jarang memuat naik gambar bersama suami, ramai yang mendakwa yang rumah tangga mereka bermasalah.

Sememangnya kalau diperhatikan Dina memang jarang sekali memuat naik gambarnya bersama si suami, Zamarul. Bagaimanapun itu bukanlah bermakna yang perkahwinan mereka tidak bahagia dan juga bermasalah. Itu membuktikan bahawa pasangan tersebut mengamalkan sikap Low Profile tidak seperti selebriti lain ataupun golongan-golongan yang dah 3 tahun kahwin pun masih memuat naik gambar perkahwinan.

Bagaimanapun disebabkan dakwaan tersebut, Diana menjelaskan  “saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua”.

“Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.

“Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia (Zamarul) sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tak mengeruhkan keadaan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian tempatan.

Jadi buat peminat-peminat janganlah tuduh menuduh bahkan harus puji dengan sikap mereka yang bukan seperti “Attention Seekers”. ─ Siakapkeli.com

Tags: #Diana #Hisham #Isteri #masih #Rafar #Tegaskan #Zamarul