Diacukan senjata tajam

107 views

Seorang perempuan dijadikan tebusan oleh seorang penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu, 7.45 malam hari ini.

Sumber berkata, ketika kejadian penjenayah dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa.
“Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran penjenayah itu kemudian menghubungi polis.

“Tidak lama selepas itu sepasukan polis tiba menyebabkan suspek bertindak agresif dan menjadikan mangsa sebagai tebusan,” katanya hari ini.

Menurut sumber, mangsa diacukan senjata tajam.
“Sehingga kini, situasi tegang masih berlaku antara suspek dan anggota polis,” katanya.

loading...