Dia akan tunggu saya di syurga nanti

488 views

Dia akan tunggu saya di syurga nanti|“SAYA reda dengan ketentuan Allah dan bersyukur anak saya ditemui walaupun sudah tidak bernyawa,” kata Kalmawita Ya, 37.

Walaupun sedih dengan kejadian itu, dia tetap sabar dan berdoa anaknya, Mohammad Aminuddin Mohd Nazri berusia lima tahun dipelihara Allah.

“Saya terima dengan hati tenang apa yang terjadi meskipun kami amat sayang kerana dia anak yang baik dan rajin.

“Dia akan tunggu saya di syurga nanti,” katanya.

Kakak mangsa Nurul Jannah,10, pula sedih kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya.

“Saya sedih sangat kerana tidak dapat memegang tangan adik ketika dia terjatuh dan dibawa arus,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Kanan II, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohd Hafiz Suhaimi berkata, mangsa dijumpai 10.54 pagi oleh anggota penyelamat di titi Kampung Parit Panjang, kira- kira empat kilometer dari tempat mangsa terjatuh.

Beliau berkata, mangsa ditemui selepas operasi selama 16 jam sejak semalam oleh anggota penyelamat.

“Lebih 100 anggota penyelamat terdiri penduduk kampung, Team Penyelamat Kedah(SARKED), Unit Skuba JBPM, polis, Sahabat Bomba, Sukarela Belia 4B Baling, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Unit Yayasan Amal Kedah, Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia Sik dan Pasukan Kayak.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sempurna sebelum mayat diserah kepada pihak polis,” katanya.

Tags: #5 TAHUN #Budak #jatuh sungai #Maut