Dengan telor-telor sekali dia kerat

446 views

Dengan telor-telor sekali dia kerat|Seorang wanita bertindak mengerat zakar dan testis suaminya selepas menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit.

Malah suspek turut mengepam organ seks itu di tandas.

Azad Singh kini dalam keadaan kritikal di hospital selepas mengalami pendarahan susulan serangan yang berlaku di rumah mereka di Joginder Nagar, utara India.

Polis berkata, isteri mangsa, Sukhwant Kaur menunggu suaminya tidur sebelum memukul mangsa menggunakan batang besi sehingga pengsan.

Isterinya kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluannya.

Menurut penyiasat, ibu dua anak itu melakukan serangan tersebut selepas percaya Azad mempunyai hubungan sulit.

Bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan kes berkenaan sedang disiasat

Tags: #Curang #suami