Datok & Isteri Bekas Bendahari PAFA Parah Ditetak

1083 views

Datok & Isteri Bekas Bendahari PAFA Parah Ditetak|IPOH: Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mansor Ahmad, parah, manakala isterinya cedera akibat ditetak sekumpulan perompak di rumahnya di Taman Meru Height, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pasangan itu dan anak perempuan mereka dikatakan sedang bersiap untuk keluar apabila didatangi kumpulan perompak berkenaan yang menunggang motosikal.

Anak perempuannya yang enggan dikenali berkata, enam lelaki berkenaan terus meluru masuk ke dalam kawasan rumah sebelum menetak bapanya yang berada di pekarangan rumah berdekatan kereta.

Beliau berkata, bapanya terus menutup pintu rumah sebelum seorang perompak berkenaan menendang pintu sehingga terbuka.

“Saya diacukan parang oleh perompak dan mengarahkan saya menunjukkan barang berharga di tingkat atas.

“Mereka kemudiannya melarikan diri bersama beberapa barangan, termasuk kunci kereta dan kunci pintu pagar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, sebentar tadi.

Tags: #datuk dan isteri ditetak #datuk ditetak

loading...