Cinta Hubungan Sedarah Berakhir Pembunuhan Kejam

945 views

Cinta Hubungan Sedarah Berakhir Pembunuhan Kejam|Penemuan mayat lelaki dalam kereta Steven Pladl (43) dengan bekas tembakan dikepala di New York membongkar kepada 3 pembunuhan kejam yang melibatkan seorang ibu muda Katie Pladl (20),bayi 7 bulan dan lelaki berusia 56 tahun dalam kejadian kamis kelmarin.

Pihak polis yang New York yang menjalankan siasatan Terkejut apabila mendapati ke 4 mayat berkenan memiliki hubungan sebagai keluarga.

Dimaklumkan Steven Pladl menikahi anak kandungnya Katie Pladl pada tahun 2017 lalu dan baru sahaja melahirkan bayi perempuan.

Steven  diketahui di tahan polis beberapa bulan lalu kerana mengadakan pernikahan ilegal yang melibatkan hubungan sedarah itu.

Sementara Katie Pladl diberikan keringanan oleh hukum negeri itu kerana dia serat mengandung 8 bulan.dengan syarat dia harus tinggal dengan ayah angkatnya di Knightdale, North Carolina dan membayar denda sebanyak 12 ribu dollar


Lain daripada itu Katie Pladl juga dilarang bertemu dengan Steven meskipun dia dibebaskan nanti.

Selepas menjalani hukuman 5 bulan dalam penjara Steven Pladl dan Katie Pladl dikatakan hidup serumah secara diam-diam.

Namun temberang keduanya terbongkar apabila Katie Pladl memuat naik gambar kebahagiaan keluarganya dilaman medai sosial.

Pihak polis yang menerima laporan atas pasangan haram berkenan kembali di tindak lanjuti hingga keduanya terpaksa bercerai.

Steven yang tidak dapat menerima kenyataan itu tergamak membunuh isteri dan anak dari hasil hubungan sedarah mereka.

Mayat Katie Pladl ditemukan dengan bekas luka tembakan di bagian dada,perut dan juga kepala,manakala bayi malang berkenan di percayai di cekik hingga mati.

Tak cukup disitu Steven juga membunuh bapa angkat anaknya yang menjaga mereka sepanjang dia dalam penjara.sebelum dia melarikan diri merentasi sempadan ke New York  dan menembak dirinya di dalam kereta.

Tags: #Berakhir #cinta #hubungan sedarah #pembunuhan kejam