Chelsea Mengganas, Manchester City Merana

321 views



LIVERPOOL, England – Chelsea mempamerkan sentuhan serangan yang baru ditemui dalam kemenangan 6-3 ke atas Everton pada hari Manchester City kehilangan sentuhan dan mengalami kekalahan mengejutkan dalam usaha mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan 1-0 City kepada Stoke di laman sendiri diburukkan lagi dengan kemenangan besar pesaingnya di Goodison Park di mana penyerang Sepanyol, Diego Costa menjaringkan gol pada minit pertama dan terakhir permainan untuk meneruskan kecemerlangan kariernya di Chelsea.

Penyerang paling mahal dalam liga Inggeris, Angel Di Maria, bermula baik untuk Manchester United tetapi keputusan seri 0-0 dengan pasukan baharu naik ke Liga Perdana Inggeris, Burnley meletakkan pasukan Louis van Gaal dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan biarpun membelanjakan 130 juta pound (AS$ 215 juta) pada musim panas ini.

Chelsea pula tiada masalah meraih kemenangan ketiga, menjadikan pendahuluan awal liga bersama Swansea, hanya dipisahkan dengan perbezaan gol. – AFP

Tags: #Chelsea #City #Manchester #Mengganas #Merana