Cerita sebenar Lelaki maut leher terkena mata sabit

616 views

Cerita sebenar Lelaki maut leher terkena mata sabit|Seorang buruh sawit maut apabila lehernya hampir putus selepas terkena mata sabit ketika dalam perjalanan menuju ke kebun di kampung Parit Bulat, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia selepas alat pengait kelapa sawit sepanjang lebih satu meter dikatakan tersangkut di sebuah tiang garaj kereta sebelum mata sabit berkenaan mengenai lehernya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa yang berasal dari Parit Jawa, di sini, sebelum itu telah pergi ke rumah rakannya untuk mengambil alat pengait berkenaan.

“Kami difahamkan bahawa alat itu ditempatkan di garaj kereta rumah rakannya di Parit Bulat dan mangsa sentiasa berulang alik dari rumah ke kediaman rakannya untuk mengambil upah mengait sawit di kampung berhampiran.

“Bagaimanapun pagi tadi, mangsa yang baru sahaja menunggang motosikal dari garaj berkenaan untuk ke kebun tidak dapat meneruskan perjalanan selepas lehernya terkena mata sabit gara-gara besi tengah yang terdapat pada batang alat pengait itu tersangkut di tiang garaj berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk tindakan selanjutnya.

Tags: #cerita sebenar #Leher #Lelaki Maut #mata sabit #Terkena